Latihan Jangka Pendek Pembangunan Pengeluaran Kotak Kayu

23 Nov

Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah memulakan sesi latihan jangka pendek (LJP) bagi pembangunan pengeluaran kotak kayu sejak 08 November 2010 yang lalu. Seramai 05 peserta telah melapor diri, daripada 07 kuota pengisian yang disasarkan. Justeru kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran asas pembuatan produk kayu dan mempunyai minat yang tinggi terhadap seni kraf kayu, pihak kami mengalu-alukan 02 peserta lagi untuk menyertai latihan ini.

Latihan ini diadakan selama 06 bulan dimana sesi ini berakhir pada 08 Mei 2011. Elaun latihan sebanyak RM450.00 diberikan kepada peserta sepanjang latihan ini dijalankan. Bahan mentah dan peralatan disediakan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Keutamaan diberikan kepada para belia di sekitar daerah Temerloh dan negeri Pahang.

Sekiranya berminat, sila berhubung dengan kami di talian 09-2771271.

Advertisements

Lawatan Sekolah Kebangsaan Lanchang

12 Nov

Lawatan dari sekolah-sekolah sekitar Temerloh terus diterima dan kali ini kami menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan Lanchang. Kebanyakan guru dan pelajar sekolah ini sememangnya belum pernah didedahkan dengan seni kraf kayu yang terdapat di daerah Temerloh. Maka lawatan sambil belajar ini sangat bermakna kepada mereka.

 

Sesi taklimat di dewan kuliah..

 

 

Sepertimana biasa selesai taklimat, guru dan pelajar dibawa melawat ke bengkel-bengkel gunasama untuk diberi pendedahan berkaitan proses pembuatan produk kayu dan mesin-mesin jentera yang digunakan didalam proses pembuatan produk.

 

 

Puan Rohanah mengiringi guru dan pelajar dalam sesi lawatan ke bengkel..

 

 

 

Demonstrasi penggunaan mesin jentera di bengkel gunasama..

 

 

Usahawan-usahawan inkubator juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan para guru dan pelajar dimana semasa lawatan ke bengkel-bengkel mereka, guru dan pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan proses pembuatan kraf kayu seperti pembuatan penyangkut kunci (key-hanger), rehal dan sebagainya lagi.

 

 

Semasa di bengkel usahawan inkubator..

 

 

 

Pelajar-pelajar tidak kira lelaki atau perempuan, turut mencuba proses "sanding" dengan menggunakan peralatan ringan (dibawah kawalan staf)..

 

 

Tidak lengkap rasanya jika guru dan pelajar tidak diberi peluang untuk meluahkan kreativiti masing-masing. Justeru kami telah menyediakan bahan dan ruang untuk mereka menghasilkan “projek” masing-masing dan ini merupakan pengalaman baru terutamanya kepada pelajar-pelajar. Semoga lawatan sebegini dapat memperkenalkan lagi seni kraf kayu tempatan dikalangan masyarakat.

 

 

Fokus kepada aktiviti..

 

 

Kenyataan Sebutharga

9 Nov

KENYATAAN SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan berdaftar di PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA serta masih dibenarkan menyertai sebut harga berikut:

TAJUK / NO.SEBUT HARGA

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH MESIN-MESIN SERTA PENDAWAIAN ELEKTRIK UNTUK PUSAT INKUBATOR TEMERLOH PAHANG, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

[PKKM/BT/S/40/2010]

KELAYAKAN

Kod Bidang:180100 / 180300

HARGA DOKUMEN

RM10.00(Tidak akan dikembalikan)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

19 November 2010 (Jumaat)

Tepat jam 12.00 tengah hari

TARIKH, MASA &TEMPAT TAKLIMAT

Tarikh: 11 November 2010 (Khamis)

Masa:  11.30 pagi

Tempat: Pusat Inkubator Temerloh, Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang, 28000 Temerloh, Pahang (Kehadiran diwajibkan)

1.  Syarikat-syarikat yang berminat adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas.

2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai 10 hingga 19 November 2010 di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & Pembangunan, Tingkat 1, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

3. Dokumen ini boleh dibeli dengan menggunakan Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA. Bayaran tunai juga diterima.

4. Dokumen Sebut Harga hanya dijual kepada syarikat yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan berserta satu salinan sijil tersebut.

5. Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi dan ditandatangani sepenuhnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebut Harga di bahagian luar sebelah kiri tanpa pengenalan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:

Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & PembangunanPerbadanan Kemajuan Kraftangan MalaysiaTingkat 1, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala LumpurSeksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

6. Dokumen Sebut harga hendaklah sampai ke alamat di atas tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada 19 November 2010. Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.

Ucapan Takziah

4 Nov

Kami, seluruh warga Pusat Inkubator Kraf Temerloh mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirudin bin Borhan, Pengajar Kraf cawangan Negeri Sembilan atas kembalinya arwah ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Kenyataan Sebut Harga

1 Nov

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan berdaftar di PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA serta masih dibenarkan menyertai sebut harga berikut:

TAJUK / NO. SEBUTHARGA:

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH, MELATIH DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BAGI MESIN LASER KAYU UNTUK PUSAT INKUBATOR TEMERLOH PAHANG, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIASEBUT HARGA NO.:PKKM/BTM/S/37/2010

KELAYAKAN:

Kod Bidang:180100 / 180300dan210101 /210102 /210103 /210104 / 210105

HARGA DOKUMEN:

RM20.00(Tidak akan dikembalikan)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA:

16 November 2010 (Selasa)Tepat jam 12.00 tengah hari

TARIKH / MASA / TEMPAT TAKLIMAT:

Tarikh : 3 November 2010 (Rabu)

Masa : Jam 2.30 petang

Tempat : Pusat Inkubator Temerloh, Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang, 28000 Temerloh, Pahang (Kehadiran diwajibkan)

(update 2/11/10 : tempat ditukar ke Ibu pejabat, PKKM, Jalan Conlay, Kuala Lumpur)

1. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai 1 hingga 11 November 2010 bagi sebut harga PKKM/BTM/S/36/2010 dan 3 hingga 16 November 2010 bagi sebut harga PKKM/BTM/S/37/2010 di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & Pembangunan, Tingkat 1, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

2. Dokumen ini boleh dibeli dengan menggunakan Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA. Bayaran tunai juga diterima.

3. Dokumen Sebut Harga hanya dijual kepada syarikat yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan berserta satu salinan setiap sijil tersebut.

4. Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi dan ditandatangani sepenuhnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebut Harga di bahagian luar sebelah kiri tanpa pengenalan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:

Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & PembangunanPerbadanan Kemajuan Kraftangan MalaysiaTingkat 1, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala LumpurSeksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

5. Dokumen Sebut harga hendaklah sampai ke alamat di atas tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tutup setiap sebut harga. Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.

Lawatan Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang, Temerloh

29 Oct

 

 

Taklimat ringkas kepada guru-guru dan pelajar..

 

Seramai 12 orang guru dan 140  orang pelajar  dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang, Temerloh telah datang membuat lawatan sambil belajar bagi pengisian program selepas peperiksaan UPSR.  Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Mohd. Rosli bin Sulaiman, Pereka di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, yang diadakan di dewan kuliah.

 

Pelajar-pelajar berpeluang melihat proses pembuatan produk kayu..

 

Selesai taklimat, guru-guru dan pelajar-pelajar dibawa melawat ke bengkel-bengkel usahawan inkubator dan melihat demonstrasi penggunaan peralatan dan mesin jentera tertentu.

 

Pelajar-pelajar sedang fokus meluahkan idea dan kreativiti masing-masing..

 

Selain daripada lawatan ke bengkel-bengkel usahawan dan bilik pameran, aktiviti pendidikan kraf juga diadakan. Melalui aktiviti sebegini, pelajar-pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kreativiti masing-masing melalui aktiviti “surface deco”. Guru-guru juga turut sama mencuba..

 

Pelajar-pelajar melihat proses kemasan produk..

 

Di bengkel kemasan, guru-guru dan pelajar-pelajar diberi pendedahan berkaitan dengan proses kemasan dan dilihat mereka ini mendapat maklumat dan pengetahuan yang baru.

 

Kreativiti pelajar-pelajar..

 

Bergambar beramai-ramai..

 

Lawatan seramai 140 orang pelajar ini dipecahkan kepada 03 kumpulan dan lawatan merangkumi 03 sesi pada hari yang berbeza. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah yang memilih tempat kami sebagai salah satu pengisian program selepas peperiksaan UPSR. Semoga silatulrahim terus terjalin.

Orientasi Pengeluaran Rebab Ikan Buntal

28 Oct

 

Rebab ikan buntal yang telah disiapkan..

 

Kraf orang asli tidak dilupakan, seiring dengan pengeluaran produk-produk kraf lain yang dimonopoli oleh usahawan bumiputera. Di negeri Pahang, kraf orang asli menjadi perhatian ramai apabila ada diantara mereka yang mampu menghasilkan alat muzik tradisional, yang diperbuat daripada kulit ikan buntal. Untuk makluman, rebab ikan buntal ini mula mendapat perhatian apabila demonstrasi pembuatannya diadakan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010 yang lalu.

Untuk terus memartabatkan kraf warisan negeri Pahang, PKKM Cawangan Pahang mengambil inisiatif melaksanakan aktiviti orientasi pengeluaran (OP) rebab ikan buntal yang bertempat di Pos Iskandar, Bera, Pahang. Seramai 07 orang peserta menyertai aktiviti ini dan kesemuanya terdiri daripada orang asli tempatan (Semelai). Anggota-anggota kerja di Pusat Inkubator Kraf Temerloh berperanan membantu menyelaras keperluan aktiviti dan memantau pelaksanaan aktiviti ini.