Archive | laporan aktiviti RSS feed for this section

Latihan Ukiran Kayu 3 Dimensi

17 Aug

Foto : Para peserta latihan ukiran kayu 3 dimensi sedang membuat persiapan awal latihan


Bermula 09 Ogos 2010 yang lalu, seramai 07 peserta telah melapor diri untuk mengikuti latihan ukiran kayu 3 dimensi. Latihan ini mengambil masa selama 02 bulan lamanya dan dijangka tamat pada bulan Oktober ini. Para peserta latihan terdiri daripada bekas pelatih latihan jangka pendek asas ukiran kayu sesi 2010 dan pekerja-pekerja usahawan SDSI           di sekitar Temerloh.

Encik Muhammad bin Abdullah (usahawan kayu) dilantik sebagai tenaga pengajar dan dibantu oleh Encik Ridzuwan bin Mohamad (Pengajar Kraf). Semoga latihan ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan kraf kayu khususnya.

Latihan ini dibawah aktiviti dan pemantauan Unit Pembangunan Usahawan.
Advertisements

Interaktif Kraf (Surface Deco) Sempena Majlis Tamat Latihan Jangka Pendek

5 Aug

Bersempena dengan majlis tamat latihan jangka pendek baru-baru ini, aktiviti interaktif kraf juga diadakan dimana pihak kami menjemput seramai 25 orang murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh. Interaktif yang dibuat adalah aktiviti “surface deco” di atas produk kayu. Selain daripada itu, demonstrasi bermain gasing juga dilakukan oleh usahawan membuat gasing iaitu Koler Ati, Sanggang, Temerloh.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak sekolah dan usahawan didalam aktiviti ini.

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek Asas Ukiran Kayu 2010

3 Aug


Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek asas ukiran kayu pada 28 Julai 2010 yang lalu. Seramai 07 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan dan mereka dilihat dapat menguasai kemahiran mengukir kayu. Majlis dirasmikan oleh Pengarah, PKKM Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain. Ketua pelatih, saudara Mohd. Firdaus bin Kasad (foto atas kanan) turut diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata.

Untuk makluman, latihan jangka pendek ini bermula pada bulan Februari 2010 yang lalu dan pada awalnya terdapat 11 orang pelatih yang menyertai latihan. 03 orang pelatih yang berjaya menamatkan latihan merupakan pelatih-pelatih dari Selangor, 02 orang dari Raub, 01 orang dari Rompin dan 01 orang lagi dari Negeri Sembilan.


Para pelatih juga membuat persembahan di majlis tersebut, dimulakan dengan persembahan silat oleh saudara Razarul Ariffin,  diikuti dengan bacaan sajak bertajuk “Seni Keris Melayu” dan “Rumah Satu Bangsa” serta nyanyian lagu “Warisan” oleh kesemua pelatih. Walaupun diduga dengan masa yang agak terhad tetapi kesemua pelatih dapat menunjukkan satu persembahan yang menarik dan mendapat tepukan daripada para tetamu.
 
Sesi penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah, PKKM Cawangan Pahang dimana setiap pelatih menerima sijil penyertaan yang difremkan didalam frem kayu yang dihasilkan sendiri oleh pelatih-pelatih tersebut.

Pelatih terbaik : Saudara Razarul Ariffin dari Raub, Pahang




Selain daripada anggota kerja dan pelatih, para ibubapa pelatih dan usahawan-usahawan kraf sekitar Temerloh juga dijemput hadir. Tidak ketinggalan anggota-anggota kerja yang tidak lagi berkhidmat (bersara awal) dengan PKKM Cawangan Pahang, turut dijemput ke majlis ini. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada semua anggota kerja Pusat Inkubator Kraf Temerloh yang telah menunjukkan “teamwork spirit” yang baik dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan majlis ini.  




Foto : Anggota kerja yang telah bersara awal 
Kiri : Puan Mahayah (Pembantu Tadbir Akaun)
Kanan : Puan Wan Maimunah (Pembantu Tadbir Rendah)

Operasi Pembersihan – Julai 2010

27 Jul

Foto : Pembersihan sedang dijalankan di dalam bengkel gunasama dan pembuangan sisa-sisa habuk kayu ke dalam tong.

Seperti biasa kami perlu menjalankan operasi pembersihan di bengkel-bengkel gunasama, disebabkan tahap kebersihan di bengkel kurang memuaskan. Pembersihan ini merangkumi aktiviti membersihkan ruang dalam bengkel gunasama, membersihkan persekitaran mesin-mesin jentera dan membuang sisa-sisa habuk kayu yang terkumpul di dalam “rumah habuk”.

Kami menggelarkan operasi pembersihan ini sebagai “Hari Habuk Sedunia” kerana sepanjang operasi ini dijalankan, kami bergelumang dengan habuk-habuk kayu. Operasi ini melibatkan kesemua pegawai, anggota kerja, pelatih LJP dan juga usahawan-usahawan inkubator.





Semoga semangat bekerjasama sentiasa berkekalan demi kemajuan agensi.

Promosi Jualan Produk Kraf – Sempena Program Rapat 1 Malaysia

23 Jul
03 orang anggota kerja di Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mewakili PKKM Cawangan Pahang menyertai aktiviti jualan sempena program Rapat 1 Malaysia, yang telah diadakan di Simpang Pelangai, Bentong pada     15 – 16 Julai 2010 yang lalu. Program yang dijalankan selama 02 hari ini telah dirasmikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob. Pelbagai aktiviti telah berlangsung di situ, antaranya aktiviti jualan dan pameran, aktiviti menderma darah, pertandingan permainan tradisional, perlawanan acara sukan dan juga cabutan bertuah.

Program Rapat 1 Malaysia ini merupakan salah satu program negeri yang dianjurkan oleh pihak JASA negeri Pahang. 

Hari Bertemu Pelanggan

13 Jul

Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di PKKM Kuantan pada 12 Julai 2010. Program yang diadakan serentak diperingkat Kraftangan Malaysia seluruh negara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan kraf untuk bersemuka secara terus bagi berbincang dan bertukar pandangan. Disamping itu juga program ini menjadi saluran penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan awam dengan berkonsepkan mesra pelanggan.

Program dimulakan dengan taklimat daripada Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain, diikuti dengan aktiviti interaktif kraf yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej IKIP, Kuantan. Selain daripada itu, kaunter-kaunter khidmat pelanggan juga disediakan untuk kemudahan usahawan dan pelanggan.
Seramai 03 orang anggota kerja Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah menyertai program ini.

Lawatan Pengarah, Bahagian Rekaan & Pengarah, Bahagian Teknikal Ke Temerloh

10 Jul
Pengarah, Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat, Encik Yusak bin Mahamud dan Pengarah, Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat, Encik Kamaruzaman bin Idris  telah datang ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh pada 06 Julai 2010 yang lalu. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan yang melibatkan PKKM Cawangan Pahang.




Foto : Lawatan ke Kayuma Industry, Temerloh.



Selain daripada membincangkan perihal projek-projek pembangunan, lawatan ke bengkel usahawan Kayuma Industry (usahawan SDSI) juga telah dibuat bagi melihat status pelaksanaan projek dan kapasiti penggunaan mesin jentera oleh usahawan ini.

Turut sama dalam sesi perbincangan dan lawatan ialah Pengarah, PKKM Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain, beberapa orang pegawai dan anggota kerja PKKM Kuantan dan Pusat Inkubator Kraf Temerloh.