Archive | kursus dan bengkel RSS feed for this section

Kursus Asas Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu

29 Nov

Dr. Khairul (FRIM) memulakan kursus dengan pembelajaran teori..

 

Unit Teknikal / Kajian PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu pada 24 – 26 November 2010 yang lalu. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak FRIM, Kepong. Seramai 19 orang peserta mengikuti kursus ini dimana objektif kursus ini diadakan adalah untuk:

1) mengurangkan kos penyelenggaraan mesin.

2) membantu usahawan / pekerja mengenalpasti mesin yang sesuai untuk digunapakai serta kaedah penggunaan mesin yang betul.

3) usahawan / pekerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dapat menjimatkan masa dan kualiti produk dapat dikawal.

4) membantu usahawan / pekerja mempercepatkan proses pengeluaran produk.

 

Foto atas : Peserta-peserta kursus kusyuk mendengar penjelasan daripada tuan penceramah.. Foto bawah : Urusetia kursus - Encik Yunus dan Encik Aziruddin

 

Diantara kandungan kursus yang dapat diikuti oleh para peserta ialah proses pengenalan kepada jenis-jenis kayu, asas pemesinan kayu, penggunaan & pembuatan jigs, amalan keselamatan kerja di dalam bengkel dan prosedur pemesinan pembuatan jigs. Selepas penjelasan secara teori diberikan, para peserta dikehendaki menjalankan praktikal di dalam bengkel.

 

Dr. Khairul membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan, bagi memudahkan proses pembelajaran..

 

Para peserta dikehendaki mengutamakan aspek keselamatan semasa berada di dalam bengkel dan menggunakan mesin jentera

 

Pegawai dari FRIM sedang berbincang dan memberikan tunjuk ajar kepada para peserta semasa berada di dalam bengkel

 

Dilihat kursus ini mendapat respon yang positif daripada para peserta disebabkan terdapatnya ilmu dan pengetahuan yang baru dalam proses pembuatan produk kayu dan penggunaan mesin jentera. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Khairul bin Awang dan Encik Suffian bin Hamsan dari FRIM dan kepada semua staf yang memberikan kerjasama sepanjang kursus ini dijalankan.

Bengkel Rekabentuk Perabot Fasa 2 – Anjuran Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat PKKM

19 Jul



Untuk kali keduanya, sekumpulan pereka-pereka Kraftangan Malaysia dan usahawan-usahawan kraf kayu berkampung di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, bermula pada 10 – 14 Julai 2010 yang lalu. Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat PKKM telah menganjurkan Bengkel Rekabentuk Perabot Fasa 2 yang memberi peluang kepada pereka-pereka dan usahawan-usahawan kraf kayu mengeksploitasikan idea / ilham masing-masing untuk menghasilkan produk kayu yang bertemakan perabot dan beberapa jenis produk kayu lain seperti lamp stand dan kotak kayu.



Foto : Taklimat ringkas tapi padat oleh Encik Halim


Foto : Proses perbincangan, penyediaan bahan dan pemasangan




Foto : Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan produk


Hasil daripada usaha dan kerjasama berpasukan yang jitu, tidak kurang daripada 19 unit produk telah dihasilkan pada penghujung bengkel tersebut. Jenis-jenis kayu yang digunakan ialah  kayu Jelutong dan kayu rel keretapi (kayu lama). Hasil-hasil rekaan ini boleh dilihat semasa Pameran Hasil Rimba di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Oktober 2010 nanti.



Foto : Hari terakhir bengkel, sebelum sesi penutup dan penyampaian sijil




Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain telah menyempurnakan penutupan bengkel dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

Kursus Motivasi (Mengekalkan Prestasi Di Tempat Kerja)

2 Jul


Pada 29 Jun 2010 lalu, PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan kursus sehari (in-house training) yang bertujuan untuk memberikan motivasi dan tips untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Seramai 22 pegawai dan anggota kerja cawangan telah menghadiri kursus ini, yang diadakan di PKKM Kuantan. 04 orang anggota kerja dari Pusat Inkubator Temerloh turut sama menghadiri kursus ini.
Penceramah jemputan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Puan Haslinda binti Hashim. Penceramah yang sentiasa ceria dan tersenyum.

Sepanjang kursus ini, pegawai dan anggota kerja diberi informasi berkaitan dengan punca-punca stress, bagaimana untuk mengatasi stress dan beberapa cara atau kaedah untuk mengelakkan daripada stress. Penceramah juga turut berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan dengan motivasi di tempat kerja dan di rumah.











Foto : Peserta-peserta kursus sedang kusyuk mendengar penerangan penceramah dan menonton slaid / video-video yang berkaitan dengan motivasi.




Gambar atas : Pelajar-pelajar universiti yang sedang menjalani latihan praktikal, turut sama menghadiri kursus ini (tiga orang dari kiri).

Gambar bawah : Urusetia kursus, Encik Safarin dan jurufoto amatur cawangan, Encik Mohd. Hairi.






Semoga intipati kursus ini memberi impak yang positif kepada pegawai dan anggota kerja.

Kursus Pengurusan Cuti & Prestasi Menggunakan Sistem HRMIS

28 Jun
Pada 24 Jun 2010 yang lalu, seramai 04 orang pegawai dan anggota kerja dari Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan PKKM Kuantan telah menghadiri kursus pengurusan cuti dan prestasi, dengan menggunakan sistem HRMIS. Dengan menggunakan sistem ini, anggota kerja boleh memohon cuti dan menyemak sasaran kerja tahunan (SKT) hanya melalui online.
Sistem HRMIS ini sedang dibangunkan secara berperingkat di cawangan-cawangan PKKM dan tentunya sistem ini bakal memudahkan proses penyemakan cuti dan SKT. Melalui kursus sebegini, anggota-anggota kerja diberi pendedahan tambahan berkaitan penggunaan dan pentingnya teknologi maklumat pada masa kini. Disamping itu juga, kursus ini juga dapat mengeratkan lagi silatulrahim sesama anggota-anggota baru dan lama.

Terima kasih daun keladi kepada “cikgu” yang memberi tunjur ajar kepada peserta-peserta kursus, Encik Syardi daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Ibu pejabat PKKM.

Bengkel Rekaan Perabot

21 Dec
























Program : Bengkel Rekaan Fasa 2 – Rekaan & Pembuatan Perabot
Tarikh : 02 – 06 Disember 2009 ( 09.00am – 08.00pm)
Penyertaan : Pereka & Pengajar Kraf PKKM dan Usahawan Kraf
Anjuran : Bahagian Rekaan, Ibu pejabat PKKM