Archive | berita am RSS feed for this section

Pertukaran Anggota Kerja

4 Jan

 

Dua orang anggota kerja di Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah bertukar ke tempat bertugas yang baru mulai 3/1/2011 yang lalu. Mereka yang bertukar ialah Puan Roshaida bt. Harun (PPEE E32) dan Encik Ridzuwan bin Mohamad (Pengajar Kraf E17). Puan Roshaida telah ditukarkan ke Bahagian Usahawan, Ibu pejabat, manakala Encik Ridzuwan pula bertukar ke Institut Kraf Negara (IKN), Rawang.

Majlis meraikan anggota kerja yang bertukar telah diadakan di PKKM Kuantan pada 29/12/2010 yang lalu. Walaubagaimanapun majlis meraikan mereka juga telah diadakan di Temerloh pada petang hari yang sama.

 

Pihak kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan jangan lupa kami di sini.

Ucapan Takziah

4 Nov

Kami, seluruh warga Pusat Inkubator Kraf Temerloh mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirudin bin Borhan, Pengajar Kraf cawangan Negeri Sembilan atas kembalinya arwah ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.