Archive | January, 2011

Pembubaran Kelab Sukan PKKM Cawangan Pahang Sesi 2008/2010

6 Jan

 

Pada 29/12/2010 yang lalu, KSKKM Cawangan Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung untuk tujuan pembubaran AJK sedia ada dan pemilihan AJK baru bagi sesi 2011/2012. Puan Roshaida bt. Harun selaku Pengerusi KSKKM Cawangan Pahang memberikan laporan serba ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti kelab dan laporan aktiviti oleh setiap biro. Berikut merupakan senarai AJK KSKKM Cawangan Pahang yang lama:

1)  Puan Roshaida bt. Harun – Pengerusi

2)  Puan Siti Rohanah bt. Tarmidi – Setiausaha

3)  Encik Ahmad Syafiq bin Md.Yusoff – Bendahari

4)  Encik Aziruddin bin Mohd. Nor – Biro Ekonomi

5)  Encik Azrul Izwan bin Abu Bakar – Biro Sukan

6)  Encik Zambri bin Abu Talib – Biro Kebajikan

7)  Puan Ropiah bt. Abdullah – Pemeriksa Kira-Kira

Penasihat KSKKM Cawangan Pahang sedang memberikan sepatah dua kata..

Pemilihan AJK yang baru dibuat melalui undian bertulis dan berikut merupakan anggota kerja yang berjaya dilantik sebagai AJK KSKKM bagi sesi 2011 / 2012:

1)  Encik Norizwan bin Mat Nor – Pengerusi

2)  Encik Norhairul Nizam bin Awang Malek – Naib Pengerusi (1)

3)  Encik Mohd. Rosli bin Sulaiman – Naib Pengerusi (2)

4)  Puan Azian bt. Mohamad Said – Setiausaha

5)  Puan Siti Rohanah bt. Tarmidi – Bendahari

6)  Cik Rosliza bt. Mukhtar – Biro Ekonomi

7)  Encik Azrul Izwan bin Abu Bakar – Biro Sukan

8)  Encik Aziruddin bin Mohd. Nor – Biro Agama & Kebajikan

9)  Encik Muhamad Khalid bin Mohd.Yusof – Pemeriksa Kira-Kira

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang lama dan selamat menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada semua AJK yang baru dilantik.

Pertukaran Anggota Kerja

4 Jan

 

Dua orang anggota kerja di Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah bertukar ke tempat bertugas yang baru mulai 3/1/2011 yang lalu. Mereka yang bertukar ialah Puan Roshaida bt. Harun (PPEE E32) dan Encik Ridzuwan bin Mohamad (Pengajar Kraf E17). Puan Roshaida telah ditukarkan ke Bahagian Usahawan, Ibu pejabat, manakala Encik Ridzuwan pula bertukar ke Institut Kraf Negara (IKN), Rawang.

Majlis meraikan anggota kerja yang bertukar telah diadakan di PKKM Kuantan pada 29/12/2010 yang lalu. Walaubagaimanapun majlis meraikan mereka juga telah diadakan di Temerloh pada petang hari yang sama.

 

Pihak kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan jangan lupa kami di sini.