Archive | December, 2010

Lawatan Penghulu Mukim Songsang

29 Dec

 

Pihak kami menerima kunjungan Penghulu Mukim Songsang dan kumpulan Kem Remaja. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap seni kraf kayu kepada remaja-remaja ini.  Seramai lebih kurang 30 remaja menyertai kunjungan ini. Encik Mohd. Rosli bin Sulaiman bertindak memberi taklimat ringkas semasa kunjungan tersebut.

Advertisements

Gotong-Royong Pembersihan Kawasan Pejabat

6 Dec

Seperti biasa hampir setiap bulan, kami mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pejabat dan bengkel-bengkel gunasama. Tetapi kali ini tumpuan lebih kepada semak-samun di kawasan bersebelahan kilang Mega Ply, dimana semak-samun ini menyebabkan longkang utama tersumbat.

 

rimbunan buluh yang ditanam oleh salah seorang mantan Pengarah, terpaksa ditebang sebahagiannya... (banyak nyamuk...)

 

keadaan longkang yang agak usang dan menjadi semakin kecil disebabkan oleh "pergerakan" tanah.

 

Staf-staf sedang berusaha mengatasi masalah longkang tersumbat..

 

Staf-staf termasuk staf projek bekerjasama membersihkan longkang utama..