Archive | November, 2010

Kursus Asas Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu

29 Nov

Dr. Khairul (FRIM) memulakan kursus dengan pembelajaran teori..

 

Unit Teknikal / Kajian PKKM Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Penjajaran Mesin Pra-Proses Kayu pada 24 – 26 November 2010 yang lalu. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak FRIM, Kepong. Seramai 19 orang peserta mengikuti kursus ini dimana objektif kursus ini diadakan adalah untuk:

1) mengurangkan kos penyelenggaraan mesin.

2) membantu usahawan / pekerja mengenalpasti mesin yang sesuai untuk digunapakai serta kaedah penggunaan mesin yang betul.

3) usahawan / pekerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dapat menjimatkan masa dan kualiti produk dapat dikawal.

4) membantu usahawan / pekerja mempercepatkan proses pengeluaran produk.

 

Foto atas : Peserta-peserta kursus kusyuk mendengar penjelasan daripada tuan penceramah.. Foto bawah : Urusetia kursus - Encik Yunus dan Encik Aziruddin

 

Diantara kandungan kursus yang dapat diikuti oleh para peserta ialah proses pengenalan kepada jenis-jenis kayu, asas pemesinan kayu, penggunaan & pembuatan jigs, amalan keselamatan kerja di dalam bengkel dan prosedur pemesinan pembuatan jigs. Selepas penjelasan secara teori diberikan, para peserta dikehendaki menjalankan praktikal di dalam bengkel.

 

Dr. Khairul membahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan, bagi memudahkan proses pembelajaran..

 

Para peserta dikehendaki mengutamakan aspek keselamatan semasa berada di dalam bengkel dan menggunakan mesin jentera

 

Pegawai dari FRIM sedang berbincang dan memberikan tunjuk ajar kepada para peserta semasa berada di dalam bengkel

 

Dilihat kursus ini mendapat respon yang positif daripada para peserta disebabkan terdapatnya ilmu dan pengetahuan yang baru dalam proses pembuatan produk kayu dan penggunaan mesin jentera. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Khairul bin Awang dan Encik Suffian bin Hamsan dari FRIM dan kepada semua staf yang memberikan kerjasama sepanjang kursus ini dijalankan.

Latihan Jangka Pendek Pembangunan Pengeluaran Kotak Kayu

23 Nov

Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah memulakan sesi latihan jangka pendek (LJP) bagi pembangunan pengeluaran kotak kayu sejak 08 November 2010 yang lalu. Seramai 05 peserta telah melapor diri, daripada 07 kuota pengisian yang disasarkan. Justeru kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran asas pembuatan produk kayu dan mempunyai minat yang tinggi terhadap seni kraf kayu, pihak kami mengalu-alukan 02 peserta lagi untuk menyertai latihan ini.

Latihan ini diadakan selama 06 bulan dimana sesi ini berakhir pada 08 Mei 2011. Elaun latihan sebanyak RM450.00 diberikan kepada peserta sepanjang latihan ini dijalankan. Bahan mentah dan peralatan disediakan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Keutamaan diberikan kepada para belia di sekitar daerah Temerloh dan negeri Pahang.

Sekiranya berminat, sila berhubung dengan kami di talian 09-2771271.

Lawatan Sekolah Kebangsaan Lanchang

12 Nov

Lawatan dari sekolah-sekolah sekitar Temerloh terus diterima dan kali ini kami menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan Lanchang. Kebanyakan guru dan pelajar sekolah ini sememangnya belum pernah didedahkan dengan seni kraf kayu yang terdapat di daerah Temerloh. Maka lawatan sambil belajar ini sangat bermakna kepada mereka.

 

Sesi taklimat di dewan kuliah..

 

 

Sepertimana biasa selesai taklimat, guru dan pelajar dibawa melawat ke bengkel-bengkel gunasama untuk diberi pendedahan berkaitan proses pembuatan produk kayu dan mesin-mesin jentera yang digunakan didalam proses pembuatan produk.

 

 

Puan Rohanah mengiringi guru dan pelajar dalam sesi lawatan ke bengkel..

 

 

 

Demonstrasi penggunaan mesin jentera di bengkel gunasama..

 

 

Usahawan-usahawan inkubator juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan para guru dan pelajar dimana semasa lawatan ke bengkel-bengkel mereka, guru dan pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan proses pembuatan kraf kayu seperti pembuatan penyangkut kunci (key-hanger), rehal dan sebagainya lagi.

 

 

Semasa di bengkel usahawan inkubator..

 

 

 

Pelajar-pelajar tidak kira lelaki atau perempuan, turut mencuba proses "sanding" dengan menggunakan peralatan ringan (dibawah kawalan staf)..

 

 

Tidak lengkap rasanya jika guru dan pelajar tidak diberi peluang untuk meluahkan kreativiti masing-masing. Justeru kami telah menyediakan bahan dan ruang untuk mereka menghasilkan “projek” masing-masing dan ini merupakan pengalaman baru terutamanya kepada pelajar-pelajar. Semoga lawatan sebegini dapat memperkenalkan lagi seni kraf kayu tempatan dikalangan masyarakat.

 

 

Fokus kepada aktiviti..