“BBQ Kambing” di Majlis Raya

4 Oct

Syawal masih lagi ada saki-bakinya dan kami mengambil inisiatif untuk menyambut Syawal dengan anggota-anggota kerja dan usahawan-usahawan kraf sekitar Temerloh dan Jerantut. Jamuan raya yang telah diadakan pada 21 Syawal (30/09/20) yang lalu dilihat dapat mempertemukan kami dengan usahawan-usahawan kraf dan pekerja-pekerjanya, usahawan-usahawan inkubator dan peserta-peserta latihan jangka pendek ukiran kayu 3D.

Suasana amat meriah kerana masing-masing sibuk berbual-bual sambil makan, sementelah ada diantaranya sememangnya lama tak bersua muka. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir ke majlis jamuan yang serba kekurangan ini dan syabas kepada semua anggota kerja Pusat Inkubator Kraf Temerloh yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam merealisasikan majlis ini.

Juga terima kasih daun keladi kepada Pengarah Bahagian IT yang datang ke sini (kebetulan atau suratan?), seterusnya menaja daging kambing untuk jamuan. Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi silatulrahim diantara kita semua.

persiapan tempat sebelum jamuan raya...buat ala kadar je..tak cukup peruntukan hehe..

otai-otai temerloh tunjuk "skill" macamana cara nak bakar ayam..

sukarelawan datang dari jauh nak bakar ayam dan kambing...

"special guests"...datang dari jauh, langkah kanan nampaknya...

berkumpul sebelum sesi makan-makan...

alhamdullillah banyak juga menu yang dapat disediakan...

antara usahawan kraf yang turut memeriahkan sambutan raya..

tiga dara pingitan yang banyak menyumbang tenaga dalam merealisasikan jamuan raya ini..

seronok dapat berkumpul dan makan beramai-ramai...

pilih jangan tak pilih...sila..sila..

bergambar beramai-ramai untuk kenangan...seronok..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: