Archive | September, 2010

Lawatan Datuk Mukhriz ke Temerloh

30 Sep

Pada hari Rabu yang lalu (29/10/10)  secara tiba-tiba kami dikhabarkan bahawa Datuk Mukhriz bercadang untuk singgah di Temerloh, dalam perjalanan beliau dari Kuantan balik ke Kuala Lumpur. Tujuan beliau ke sini adalah untuk melawat bengkel usahawan SDSI kraf kayu, Inakraf yang terletak di Kampung Bangau, Temerloh.

Lawatan yang tidak rasmi ini menunjukkan bahawa Datuk Mukhriz juga berminat dengan hasil-hasil kraf kayu tempatan, terutamanya ukiran-ukiran kayu 3 dimensi yang menggunakan kayu hanyut.

Selain daripada itu, Encik Mohamad Awik dari Kayuma Industry turut sama meraikan kedatangan mengejut Datuk Mukhriz ke bengkel Inakraf. Datuk diiringi oleh pegawai khas beliau serta pegawai-pegawai yang lain.

Terima kasih daun keladi atas kunjungan Datuk.

Sebelum Sesi Foto Ahli MBJ

22 Sep

Encik Ramli bersiap-sedia untuk bergambar..

antara ahli yang hadir semasa mesyuarat ..

Alhamdulillah semalam mesyuarat MBJ telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan mesyuarat sebegini mempertemukan wakil-wakil dari Kraftangan seluruh Malaysia. Bagi zon Timur, beberapa orang anggota kerja telah dipilih dan dilantik untuk mewakili zon.

Semoga matlamat MBJ dapat dicapai dan silatulrahim sesama anggota kerja semakin erat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

2 Sep


Aidilfitri hari kemenangan

Kejayaan menempuh halangan

Mengenali erti kesenangan

Bagi mereka yang kekurangan 


Aidilfitri hari kemaafan

Menghapus kesalahan sesama insan

Memupuk perpaduan sesama insan

Mengikat tali keakraban

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 



Dengan segala rendah hatinya, kami warga Pusat Inkubator Kraf Temerloh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kraftangan Malaysia, usahawan-usahawan kraf dan pembaca-pembaca sekelian. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas segala kekhilafan yang mungkin pernah kami lakukan secara zahir dan batin. 

Semoga hari raya tahun ini mendatangkan kegembiraan buat kita semua.