Archive | August, 2010

Jamuan Berbuka Puasa

30 Aug
Jamuan berbuka puasa telah diadakan pada 15 Ramadhan yang lalu, bertempat di Restoran Seri Puncak, Temerloh dimana Pengarah cawangan berbesar hati untuk turut sama menghadiri jamuan ini. Turut sama ke jamuan ini ialah usahawan-usahawan SDSI di sekitar Temerloh dan anggota-anggota kerja.
Yummy! Pelbagai menu disediakan oleh restoran ini…
Peserta-peserta latihan jangka pendek ukiran kayu 3D turut diraikan pada majlis tersebut. Terima kasih kepada semua yang sudi datang ke Restoran Seri Puncak. 

Latihan Ukiran Kayu 3 Dimensi

17 Aug

Foto : Para peserta latihan ukiran kayu 3 dimensi sedang membuat persiapan awal latihan


Bermula 09 Ogos 2010 yang lalu, seramai 07 peserta telah melapor diri untuk mengikuti latihan ukiran kayu 3 dimensi. Latihan ini mengambil masa selama 02 bulan lamanya dan dijangka tamat pada bulan Oktober ini. Para peserta latihan terdiri daripada bekas pelatih latihan jangka pendek asas ukiran kayu sesi 2010 dan pekerja-pekerja usahawan SDSI           di sekitar Temerloh.

Encik Muhammad bin Abdullah (usahawan kayu) dilantik sebagai tenaga pengajar dan dibantu oleh Encik Ridzuwan bin Mohamad (Pengajar Kraf). Semoga latihan ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan kraf kayu khususnya.

Latihan ini dibawah aktiviti dan pemantauan Unit Pembangunan Usahawan.

Kerja Amal Bulan Ramadhan @ Senaman Pagi

13 Aug

Puasa tidak menghalang kami untuk menjalankan sedikit “senaman” di pagi hari. Memandangkan pekerja pembersihan sedang bercuti selama 03 hari, maka kami mengambil inisiatif untuk membersihkan sendiri kawasan hadapan pejabat. Walaupun dengan berpakaian lengkap batik Malaysia, namun kerja-kerja pembersihan berjalan dengan lancar.

Terima kasih warga Pusat Inkubator Kraf Temerloh 🙂

Salam Ramadhan

11 Aug

Salam kepada semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam…

Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah…


Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan…


Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahnya…


Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini…





Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga puasa kita tidak menjadi puasa yang sia-sia.

Interaktif Kraf (Surface Deco) Sempena Majlis Tamat Latihan Jangka Pendek

5 Aug

Bersempena dengan majlis tamat latihan jangka pendek baru-baru ini, aktiviti interaktif kraf juga diadakan dimana pihak kami menjemput seramai 25 orang murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh. Interaktif yang dibuat adalah aktiviti “surface deco” di atas produk kayu. Selain daripada itu, demonstrasi bermain gasing juga dilakukan oleh usahawan membuat gasing iaitu Koler Ati, Sanggang, Temerloh.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak sekolah dan usahawan didalam aktiviti ini.

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek Asas Ukiran Kayu 2010

3 Aug


Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek asas ukiran kayu pada 28 Julai 2010 yang lalu. Seramai 07 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan dan mereka dilihat dapat menguasai kemahiran mengukir kayu. Majlis dirasmikan oleh Pengarah, PKKM Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain. Ketua pelatih, saudara Mohd. Firdaus bin Kasad (foto atas kanan) turut diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata.

Untuk makluman, latihan jangka pendek ini bermula pada bulan Februari 2010 yang lalu dan pada awalnya terdapat 11 orang pelatih yang menyertai latihan. 03 orang pelatih yang berjaya menamatkan latihan merupakan pelatih-pelatih dari Selangor, 02 orang dari Raub, 01 orang dari Rompin dan 01 orang lagi dari Negeri Sembilan.


Para pelatih juga membuat persembahan di majlis tersebut, dimulakan dengan persembahan silat oleh saudara Razarul Ariffin,  diikuti dengan bacaan sajak bertajuk “Seni Keris Melayu” dan “Rumah Satu Bangsa” serta nyanyian lagu “Warisan” oleh kesemua pelatih. Walaupun diduga dengan masa yang agak terhad tetapi kesemua pelatih dapat menunjukkan satu persembahan yang menarik dan mendapat tepukan daripada para tetamu.
 
Sesi penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah, PKKM Cawangan Pahang dimana setiap pelatih menerima sijil penyertaan yang difremkan didalam frem kayu yang dihasilkan sendiri oleh pelatih-pelatih tersebut.

Pelatih terbaik : Saudara Razarul Ariffin dari Raub, Pahang




Selain daripada anggota kerja dan pelatih, para ibubapa pelatih dan usahawan-usahawan kraf sekitar Temerloh juga dijemput hadir. Tidak ketinggalan anggota-anggota kerja yang tidak lagi berkhidmat (bersara awal) dengan PKKM Cawangan Pahang, turut dijemput ke majlis ini. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada semua anggota kerja Pusat Inkubator Kraf Temerloh yang telah menunjukkan “teamwork spirit” yang baik dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan majlis ini.  




Foto : Anggota kerja yang telah bersara awal 
Kiri : Puan Mahayah (Pembantu Tadbir Akaun)
Kanan : Puan Wan Maimunah (Pembantu Tadbir Rendah)