Archive | June, 2010

Kursus Pengurusan Cuti & Prestasi Menggunakan Sistem HRMIS

28 Jun
Pada 24 Jun 2010 yang lalu, seramai 04 orang pegawai dan anggota kerja dari Pusat Inkubator Kraf Temerloh dan PKKM Kuantan telah menghadiri kursus pengurusan cuti dan prestasi, dengan menggunakan sistem HRMIS. Dengan menggunakan sistem ini, anggota kerja boleh memohon cuti dan menyemak sasaran kerja tahunan (SKT) hanya melalui online.
Sistem HRMIS ini sedang dibangunkan secara berperingkat di cawangan-cawangan PKKM dan tentunya sistem ini bakal memudahkan proses penyemakan cuti dan SKT. Melalui kursus sebegini, anggota-anggota kerja diberi pendedahan tambahan berkaitan penggunaan dan pentingnya teknologi maklumat pada masa kini. Disamping itu juga, kursus ini juga dapat mengeratkan lagi silatulrahim sesama anggota-anggota baru dan lama.

Terima kasih daun keladi kepada “cikgu” yang memberi tunjur ajar kepada peserta-peserta kursus, Encik Syardi daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Ibu pejabat PKKM.
Advertisements

Media Turun Padang

25 Jun
Pada 22 Jun 2010 lalu, Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu pejabat PKKM telah turun padang bersama-sama dengan pihak RTM dan NSTP. Bagi daerah Temerloh ini, sebanyak 03 syarikat usahawan kraf kayu telah dipilih untuk menjayakan program ini. Usahawan-usahawan tersebut adalah terdiri daripada Inakraf, Generasi Kraf dan Koler Ati.
Fokus media adalah kepada produk seni ukiran dan rekacorak bagi produk kayu in-door, pasaran & pengeluaran kraf bagi produk kayu out-door dan juga pembuatan gasing serta cara bermain gasing.

 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Edukraf Anyaman Rotan Sempena Pertandingan Mengenal Burung (International Bird Race 2010), Fraser Hill

23 Jun

Pada 19 – 20 Jun 2010 yang lalu, PKKM Cawangan Pahang telah menyertai aktiviti jualan dan program edukraf sempena berlangsungnya Pertandingan Mengenal Burung peringkat antarabangsa, bertempat di Bukit Fraser, Raub, Pahang. Seramai 02 orang anggota kerja dan seorang usahawan kraf (Cik Liza, Keratong) telah turut sama didalam program tahunan ini.

Untuk makluman, International Bird Race merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dimana pertandingan ini dibuka kepada mereka yang berminat dengan habitat burung. Diantara negara-negara luar yang telah menyertai pertandingan ini ialah Jepun, Korea, Singapura dan Thailand.
Fraser’s Hill is often been referred to as a first-class bird watching destination in this region, since this highland paradise is home to more than 250 species of wild birds. Come November and December each year, the virtually untouched mountainous forests of Fraser’s Hill will receive many species of newcomers, that is the migratory species that fly across from places as far as northern Siberia of Russia and islands north of Japan and neighbouring land mass, to seek new feeding grounds as well as to escape the freezing winter up north. The sightings of Siberian thrush from Siberia are often reported and they are truly a rare treat to ardent bird watchers. Normally these migratory species stay around in Fraser’s Hill for couple of months before migrating southwards to Australia and New Zealand. They will fly back home to the north in March and April when the sun is getting sunnier.
Perasmian pembukaan disempurnakan oleh YB Dato Shafik Fauzan bin Haji Sharif, Exco Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang. Turut sama ialah ketua-ketua agensi / NGO dan wakil-wakil agensi.

Terdapat lebih daripada 10 gerai jualan dan pameran yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan, persatuan, syarikat swasta dan NGO. Aktiviti jualan dan pameran ini diadakan di hadapan Puncak Inn.

Aktiviti edukraf anyaman rotan dijalankan selama 02 hari bermula 19 – 20 Jun 2010. Aktiviti yang dibuka kepada orang ramai ini telah mendapat 18 penyertaan yang terdiri daripada pelancong tempatan dan luar negara. Tenaga pengajar merupakan usahawan anyaman rotan dari Felda Keratong 4, Bandar Tun Razak, Rompin.

Proses membuat dulang anyaman rotan, dimana harga jualan satu unit dulang ini ialah RM25.00. Tempoh masa untuk menyiapkan satu dulang ini adalah 30 minit hingga 50 minit bagi peserta yang dapat mengaplikasikan teknik pembuatan dengan betul.

Diantara peserta-peserta edukraf anyaman rotan yang telah berjaya menyiapkan dulang. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan International Bird Race 2010, sila layari http://www.pkbf.org.my

Selamat Pengantin Baru

21 Jun
Pihak Pusat Inkubator Kraf Temerloh mengucapkan selamat pengantin baru kepada 05 orang anggota kerja PKKM Cawangan Pahang yang selamat melangsungkan perkahwinan mereka dalam bulan Mei dan Jun 2010 ini. Semoga rumahtangga mereka sentiasa bahagia dan kekal abadi. Ameen.
Hurul Ain binti Razali
Pembantu Tadbir (Kuantan)
23 Mei 2010
Ridzuwan bin Mohamad
Pengajar Kraf (Temerloh)
29 Mei 2010
Safarin bin Sulaiman
Pen. Peg. Tadbir
06 Jun 2010
Shahril Helmi bin 
Pengajar Kraf (Kuantan)
12 Jun 2010
 
Nik Elia Juliana binti Ab Halim
Pembantu Tadbir (Kuantan)
12 Jun 2010

Kelas Kosting Untuk Pelatih LJP

7 Jun
Selain daripada memberikan tunjuk ajar didalam kemahiran mengukir produk-produk kayu, pelatih-pelatih LJP juga diberi pendedahan terhadap ilmu pengekosan (costing). Ini bertujuan supaya pelatih-pelatih ini tahu dan faham bagaimana untuk menetapkan harga bagi sesuatu produk.
Kelas kosting ini dikendalikan sendiri oleh pihak Pusat Inkubator Kraf Temerloh.  Untuk makluman, tempoh latihan jangka pendek bagi sesi 2010 ini akan berakhir pada 31 Julai 2010.