Foto atas : Bahan kayu yang diperolehi untuk membuat gasing.
Foto tengah : Proses melarik kayu yang dibuat secara manual.
Foto bawah : Gasing yang telah siap
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Syarikat Koler Ati merupakan salah satu syarikat usahawan kraf yang beroperasi dibawah aktiviti Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Kraftangan Malaysia bagi daerah Temerloh. Lokasi bengkel usahawan kraf ini terletak di Kampung Darat Sanggang, hanya lebih kurang 500 meter jauhnya dari Sungai Pahang dan 5 kilometer dari persimpangan plaza tol Temerloh. Koler Ati mengkhususkan pembuatan gasing daripada kayu dan juga mengeluarkan produk-produk kayu yang berasaskan larik.
Selain daripada gasing Pahang, peminat-peminat gasing juga boleh melihat pelbagai jenis gasing dari negeri-negeri lain seperti gasing Kelantan. Pemilik Koler Ati ini, Encik Mohd. Jais Rozali atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah, merupakan pesara TUDM.
Gasing sebagaimana yang kita tahu merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu khususnya, namun didalam era globalisasi ini, permainan gasing mula diminati oleh bangsa-bangsa lain.
Advertisements
Leave a Reply