Archive | May, 2010

Perjumpaan Pengarah Cawangan Dengan Usahawan SDSI

25 May

 

Pengarah PKKM Cawangan Pahang, Encik Mohd. Zubair bin Mohd. Zain telah mengadakan perjumpaan dengan usahawan-usahawan kraf dibawah aktiviti SDSI pada 21 Mei 2010 yang lalu. Tujuan utama perjumpaan adalah untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan prasarana bengkel usahawan-usahawan SDSI ini.
Seramai 07 usahawan kraf SDSI hadir di perjumpaan ini. Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah pegawai dari Bahagian Pembangunan Usahawan, Ibu pejabat PKKM, Encik Norizwan.

Pembuatan / Permainan Gasing di Koler Ati, Sanggang, Temerloh

24 May

Foto atas      :  Bahan kayu yang diperolehi untuk membuat gasing.
Foto tengah : Proses melarik kayu yang dibuat secara manual.
Foto bawah  : Gasing yang telah siap

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Syarikat Koler Ati merupakan salah satu syarikat usahawan kraf yang beroperasi dibawah aktiviti Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Kraftangan Malaysia bagi daerah Temerloh. Lokasi bengkel usahawan kraf ini terletak di Kampung Darat Sanggang, hanya lebih kurang 500 meter jauhnya dari Sungai Pahang dan 5 kilometer dari persimpangan plaza tol Temerloh. Koler Ati mengkhususkan pembuatan gasing daripada kayu dan juga mengeluarkan produk-produk kayu yang berasaskan larik.
Selain daripada gasing Pahang, peminat-peminat gasing juga boleh melihat pelbagai jenis gasing dari negeri-negeri lain seperti gasing Kelantan. Pemilik Koler Ati ini, Encik Mohd. Jais Rozali atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah, merupakan pesara TUDM. 
Gasing sebagaimana yang kita tahu merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu khususnya, namun didalam era globalisasi ini, permainan gasing mula diminati oleh bangsa-bangsa lain.

Bengkel Seni Arca 1 Malaysia

18 May
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pendidikan, Balai Seni Lukis Negara akan menganjurkan Bengkel Seni Arca 1 Malaysia kepada orang ramai yang berminat dalam bidang pengarcaan. Penyertaan adalah terbuka kepada peserta berumur 9 hingga 35 tahun. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh       :         8, 9 & 10 Jun 2010
Masa          :        10 am – 4 pm
Tempat     :        Balai Seni Lukis Negara, No 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,

                            53200  Kuala Lumpur
    
PENGISIAN AKTIVITI :  

Peserta bengkel akan diberikan kepada 3 kumpulan mengikut tenaga  pengajar  bengkel iaitu  Encik Thangarajoo a/l M. A. Kanniah, Mohd Ali Azraie Bebit dan Mohd. Azrul B. Aman.  Arca yang akan dihasilkan adalah mengikut bahan iaitu; getah, kayu, polisterin, wayar dan tanah liat. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 4026 7161 (Kamariah), 03 4026 7176 (Shamsul) atau 03 4026 7137 (Kannan).
 
 
 
********************************************* 


Please be informed that National Art Gallery is organizing a workshop on Art Statue to all the people who are interested.  Participation is open to participants aged 9 to 35 years.  Details of activities are as follows:

Date      : 8, 9 & 10 June 2010Time     : 10 am – 4 pmVenue   : National Art Gallery, No 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Workshop participants will be given to 3 groups according to the workshop instructors, 
Mr. Thangarajoo a/l M. A. Kanniah, Mohd Ali Azraie Bebit dan Mohd. Azrul B. Aman. The statue is to be produced by materials, namely rubber, wood, polisterin, wire and clay.

For more information, please contac:

03 4026 7161 (Kamariah), 03 4026 7176 (Shamsul) atau 03 4026 7137 (Kannan).

Operasi Pembersihan (April 2010)

3 May

 

Pada 30 April 2010 yang lalu, Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mengadakan operasi pembersihan bengkel-bengkel gunasama dan tempat pengumpulan habuk kayu. Kesemua pegawai, anggota kerja, pelatih LJP, pengurus dan pekerja-pekerja syarikat inkubator turut sama didalam operasi pembersihan ini. Pada kebiasaan, operasi menyeluruh begini hanya dijalankan sekali dalam sebulan.

 

Foto atas :  Operasi pembersihan bengkel gunasama utama.
Foto tengah :  Tong sampah yang dihantar oleh Syarikat Alam Flora dan kerja-kerja mengumpul dan mengangkat sisa kayu / habuk dikendalikan sendiri oleh Pusat Inkubator Kraf Temerloh.
Foto bawah :  Tempat pengumpulan habuk kayu yang mana status semasanya tidak dapat lagi menampung kapasiti penghasilan habuk / sisa kayu.
Sekiranya anda mempunyai cadangan berkaitan proses pembuangan habuk kayu yang efisien (selain daripada menggunakan incinerator), sila majukan tinggalkan cadangan anda di kotak komen yang disediakan. Terima kasih.

If you have any suggestions relating to this efficient removal of dust timber (other than using the incinerator), please leave your proposal in the comment box provided below. Thank you.