Archive | April, 2010

Produk Siap Untuk Dijual

28 Apr
Salah satu aktiviti Bahagian Pembangunan Usahawan, Kraftangan Malaysia ialah menjalankan aktiviti orientasi pengeluaran produk. Diantara produk yang dibuat orientasi pengeluaran ialah kotak cenderamata. Pelbagai kotak-kotak cenderamata telah dihasilkan dengan menggunakan teknik yang pelbagai. Kotak-kotak ini amat sesuai untuk dibuat cenderahati ataupun digunakan sebagai pembungkusan (packaging) kepada produk-produk lain seperti kain batik, kuih raya dan barang-barang kemas.
Kotak-kotak ini boleh ditempah melalui Pusat Inkubator Kraf Temerloh dengan julat harga diantara RM70.00 hingga RM120.00 bergantung kepada rekaan, saiz kotak, jenis kayu dan bahan kemasan yang digunakan. Manakala kotak hantaran atau kotak buah-buahan tanpa tutup seperti didalam foto di atas, boleh didapati dengan harga RM60.00.

Program Merakyatkan Seni di Dun Damak, Jerantut – Bhg.2

27 Apr
Program ini telah diadakan pada 09 April 2010 yang lalu dimana program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Jerantut. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuklah senamrobik, pertandingan permainan tradisional, pertandingan memasak, pertandingan karaoke, pertandingan sewang dan pertandingan mewarna secara online khas untuk kanak-kanak pra-sekolah.
Selain daripada itu juga, gerai-gerai jualan dan pameran turut disediakan kepada agensi-agensi dan usahawan-usahawan yang berminat. Syarikat Temin Kraf dan Syarikat Mentaus Kraf (inkubator) telah menyertai aktiviti jualan semasa program ini dijalankan.

PENGGAMBARAN VIDEO KORPORAT

27 Apr
Info foto:
1) Atas kiri : Penggambaran di Temin Kraf, Jerantut
2) Atas kanan : Penggambaran di bengkel latihan jangka pendek,
Pusat Inkubator Kraf, Temerloh
3) Tengah kiri : Penggambaran di Generasi Kraf, Temerloh
4) Tengah kanan : Penggambaran di bengkel latihan jangka pendek,
Pusat Inkubator Kraf, Temerloh 

5) Bawah kiri : Penggambaran di Inakraf, Temerloh

6) Bawah kanan : Kenangan bersama Dato’ Mustapha Maarof selaku pengarah penggambaran

 

Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah menerima rombongan Warna Motion untuk sesi penggambaran video korporat PKKM. Pada hari pertama (29/03/2010), penggambaran meliputi latihan jangka pendek dan tiga syarikat inkubator yang terpilih. Manakala pada hari kedua (30/03/2010), penggambaran dibuat di bengkel-bengkel usahawan SDSI di sekitar Temerloh  iaitu Generasi Kraf dan  Inakraf serta Temin Kraf di Jerantut.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Encik Manan, Bahagian Korporat  Ibu pejabat PKKM yang turut bersama rombongan Warna Motion dan terima kasih juga kepada para usahawan yang terlibat didalam menjayakan sesi penggambaran ini.