Archive | March, 2010

Program Merakyatkan Seni dan Budaya Dun Damak, Jerantut

27 Mar
Pada 24 Mac 2010 yang lalu, Pengurus Pusat Inkubator Kraf Temerloh telah mewakili Pengarah Cawangan menghadiri mesyuarat anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan pelaksanaan program merakyatkan seni dan budaya di Kampung Damak, Hulu Cheka, Jerantut. Program ini dijadualkan berlangsung pada 09 April 2010 (Jumaat – 08.00am hingga 11.30pm) dan akan dirasmikan oleh YBM. Tengku Dato’ Sri Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut.

Matlamat program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dikalangan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memelihara, memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya.

Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dijemput untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan warisan seni budaya.

Advertisements

Lawatan Bakat Kem Batu 3, Temerloh

26 Mar

 

Baru-baru ini pada 16 Mac 2010 pihak kami menerima lawatan daripada BAKAT Kem Batu 3, Temerloh. Rombongan seramai 20 orang ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan wanita berkaitan industri kraf di daerah Temerloh.

 

Program lawatan dipenuhi dengan taklimat ringkas oleh Pengurus, Pusat Inkubator Kraf Temerloh, lawatan ke bengkel-bengkel usahawan inkubator, lawatan ke bengkel latihan jangka pendek ukiran kayu dan juga lawatan ke bilik pameran / jualan.

Hasil daripada lawatan, BAKAT dilihat berminat untuk menempah produk-produk kraf dan berhasrat untuk mengadakan lawatan susulan.